Tuesday 20 March 2012

GOTONG-ROYONG KECERIAAN FASA I ST JAMES

Objektif

1. Merapatkan silaturrahim diantara ibubapa, guru, kakitangan bukan mengajar dan murid SRK St James Apin-apin.
2. Memberi peluang kepada ibubapa bekerjasama dengan guru-guru dengan lebih optimum.
3. Memulihara, menceriakan dan membersihkan kawasan sekolah agar lebih terjamin keselamatan anak-anak sewaktu belajar.
4. Mewujudkan taman-taman serta meningkatkan keceriaan mengikut kawasan sekolah.

Kumpulan Sasaran

 Semua warga St. James iaitu Ibubapa, Murid-murid tahap 2, Guru-guru dan KTBM.

Rasional Menjayakan Program

1. Membantu guru-guru dan kakitangan sekolah menceriakan kawasan sekolah
2. Memberi peluang kepada ibubapa untuk menyediakan suasana yang ceria, selesa,           bersih dan harmoni untuk anak-anak belajar.
3. Mendedahkan kepada semua warga sekolah betapa pentingnya menjaga alam sekitar.

Anjuran

Biro Keceriaan Sekolah dan Biro Keceriaan PIBG, SRK St James Apin-Apin Keningau

Lokasi

Kawasan sekitar sekolah SRK St. James Apin-Apin Keningau

Tarikh Pelaksanaan

20 Februari 2011

No comments:

Post a Comment