Thursday, 16 May 2013

TERIMA KASIH DAUN KELADI, 
LAIN KALI DATANG LAGI

KENINGAU- 17 MEI 2013, Satu kunjungan dari agensi pemakanan sihat COCO CRUNCH daripada NESTLE telah mengunjungi SRK. ST. James hari ini. Seramai 200 orang yang menerima segelas coco-crunch bercicahkan susu. Kedua-dua pemakanan ini adalah kaya dengan serat pemakanan. Selain dari murid, guru-guru, ktbm, kontrak pembersihan serta pengawal keselamatan juga diberikan peluang untuk turut serta dalam pemakanan tersebut. Sekali lagi, warga ST. James Apin-Apin, Keningau mengucapkan terima kasih kepada Syarikat Coco-Crunch daripada NESTLE.



























TUAH AYAM NAMPAK DI KAKI, TUAH ORANG SIAPA YANG TAHU

Sempena Hari Guru 2013, seramai 3 orang guru telah mendapat tawaran kenaikan pangkat secara Time Base dari DGA32 ke DGA34. Guru-guru tersebut adalah Pn. Jalika Ariffin, En. Hendry Pius dan En. Appolonius Mestol. Syabas dan Tahniah sekali lagi.

1 ASPIRASI 1 AGENDA

PN. JALIKA ARIFFIN
DARI DGA32 KE
DGA34
                    
                         EN. HENDRY PIUS
                         DARI DGA32 KE
                       DG34
               
                   EN. APPOLONIUS MESTOL
               DARI DGA32 KE
                DGA34


Tuesday, 14 May 2013

MORNING BRIEFING

KENINGAU- 15 Mei 2013, Seramai 27 orang staff ST. James telah menghadiri 'Morning Briefing' bertempat di BIlik ICT. Morning Briefing tersebut dijalankan pada pukul 6.40 pagi dan berakhir pada pukul 7.05 pagi. Antara taklimat yang diutarakan oleh Guru Besar Cemerlang, En. Nasip Dipal adalah;
  1. Sistem Fail
  2. Peraturan Pakaian Guru
  3. Sistem Perakam Waktu
  4. Pengurusan Buku Rekod
  5. SAPS
  6. Pengurusan Cuti
  7. Pemantauan KO-Kurikulum

Morning Briefing ini diadakan setiap hari Rabu untuk Pemantapan Staff serta pengetahuan terkini dalam dasar-dasar pendidikan.







Sunday, 12 May 2013

TERKINI...

Syabas dan Tahniah kepada semua warga ST. James Apin-Apin Keningau yang baru sahaja selesai menjalankan Peperiksaan Semester 1 bagi tahun 2013. Semuanya berjalan dengan baik. Pada masa kini markah-markah sedang disemak dan dari semasa ke semasa. Setiap guru mata pelajaran akan mengemaskinikan markah  di dalam SAPS. Kepada sesiapa yang berkenaan (Ibu bapa, Semua Panitia Mata Pelajaran, S/U Peperiksaan, PK Kurikulum dan Guru Besar) agar merujuk kepada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Untuk rujukan terkini sila klik pada online link pada sebelah kiri paparan blogg ini. Terima kasih, dan salam hormat....


LAWATAN MUHIBBAH MENGERATKAN SILATURAHIM

KENINGAU - Rabu, 24 April 2013, Seramai 20 orang rombongan dari SK. Tuarid Taud, Keningau telah melawat ke sekolah SK. ST. James Apin-Apin. Rombongan tersebut tiba pada jam 8.30 pagi yang diketuai oleh Guru Besar sekolah, Pn. Lea @ Leah Lewas. Sepanjang lawatan tersebut, rombongan sekolah ini telah meninjau pengurusan Alam Sekitar dan Pengurusan Kelas. Aktiviti rombongan ini berakhir dengan upacara penanaman pokok Eucalyptus yang disempurnakan oleh guru besar SK. Tuarid Taud bersama Penolong Kanan Kurikulum, Pn. Roseline J. Intai. Sebelum rombongan balik ke sekolah, majlis jamuan ringan diadakan di perkarangan tapak perhimpunan SK. ST. James, Keningau.