Sejarah Sekolah

Selepas perang dunia kedua,penghujung bulan Disember 1946,YB mendiang Datuk Anthony Undan telh mendirikan sebuah sekolah Mission, Atap, Dinding, meja dan Bangku yang diperbuat daripada bambu dan diikat dengan rotan. Bangunan tersebut juga dipergunakan sebagai tempat mengajar agama Kristian.

Pada awal tahun 1947, YB mendiang Anthony Undan pun mula menyampaikan pembelajaran kepada murid-murid dalam bahasa Inggeris. Beliau telah mendidik murid-murid yang tidak berkemampuan selama dua tahun tanpa gaji dari mission atau kerajaan. Beliau dibantu oleh En.Justin Lim.

Atas cadangan En.Fedelis Tambakau selaku pengembang agama kristian dan disokong oleh Rev.Fr.Grent pada 1948, YB mendiang Dato Anthony Undan telah mendirikan sebuah gereja dan sebahagian dari bangunan tersebut dijanjikan sebagai bilik darjah dan sejak tahun itu sekolah ini telah dinamakan sekolah St.Anthony.

Selepas dua tahun bertugas tanpa gaji, YB mendiang Dato Anthony Undan pun diganti oleh En.Pedro sebagai guru besar dan dibantu oleh Rev.Fr.Grent sebagai penasihat.

Pada pertengahan tahun 1949, En.Felix Jumin Angian telah dilantik sebagai guru besar dan dibantu oleh Puan Appolionia Bagau.

Pada bulan Disember 1951, bangunan gereja dan sekolah telah dirobohkan kerana kerajaan tidak membenarkan pihak mission mendirikan bangunan gereja di atas tanah kerajaan. Dengan itu pelajar-pelajar di sekolah St.Anthony dipindahkan ke rumah kediaman YB mendiang Dato Anthony Undan.

Atas daya usaha YB mendiang Dato Anthony Undan dan mendiang Dato Joseph Angian, pada masa itu selaku Ketua Anak Negeri serta bantuan dari Rev.MC.Lindon dan Rev.Fr.Joseph Hiaw, mereka dapat mendirikan sebuah bangunan gereja baru pada bulan Mei 1954 bertapak di tanah mission yang dipohon oleh Rev.Fr.Joseph Hiau. Bangunan tersebut juga dipergunakan sebagai bilik darjah yang telah dibahagikan kepada dua bilik dan setiap sebilik mempunyai lebih kurang 15 orang murid.

Semua gereja-gereja pada masa itu dibawah pentadbiran Katolik mission Sabah dipimpin oleh Rev.Bishop James Bius. Demi mengingatkan nama Rev.Bishop James, gereja yang ada di Apin-Apin pun dinamakan St.James, termasuklah sekolah rendah St.Anthony, dengan itu sejak 1955 sekolah ini pun dinamakan Sekolah Rendah St.James.

En.Felix Jumin Angian telah menamatkan perkhidmatannya sebagai guru besar. En.Edmund Otigil telah mengambil alih. En.Edmund Otigil telah bertukar ke SRK St.Francis Xavier Keningau dan tempatnya di ambil alih oleh En.Micheal Olim.

Oleh kerana bilangan murid setahun demi setahun bertambah, maka mendiang Dato Anthony Undan sebagai ahli parlimen dan YB mendiang Dato Joseph Angian sebagai senator pada masa itu dibantu oleh YB.Dato Ep Robert sebagai Pegawai Malaria ketika itu, dapat permit mengutip derma sebanyak RM17,000.00 cukup mendirikan sebuah bangunan yang mengandungi 3 buah bilik darjah.

Walaupun bilik darjah bertambah, bilik-bilik darjah yang sedia ada tidak dapat menampung bilangan murid yang bertambah setiap tahun. Pada tahun 1975, sebuah bangunan telah didirikan oleh Pihak PIBG atas bantuan papan dan beruti dari Syarikat Dato Angian sebagai Pegawai Kemajuan Masyarakat N.25 Bingkor Keningau pada masa itu. Dengan kerjasama ibu bapa, guru-guru dan kakitangan sekolah, badan pembangunan sekolah ini dapat mendirikan sebuah bangunan yang bertindak pada tahun 1983, tetapi kewangan tidak mencukupi, bangunan tersebut hanya separuh sahaja diusahakan.

Pada tahun 1986, atas daya usaha tuan Pengerusi PIBG, bahagian Pembangunan Ybhg En.John Dato Angian (sekarang ini Datuk John Datuk Angian) merangkap Setiausaha Politik sebanyak RM25.000.00 daripada Ketua Menteri Sabah YAB.Datuk Seri Joseph P.Kitingan demi menyiapkan bangunan yang tergendala sejak 1983. Dengan peruntukan yang diluluskan oleh YAB Datuk Seri Joseph P.Kitingan, bangunan yang bertingkat dapat disiapkan dan dipergunakan pada penghujung bulan Januari 1987.

Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada YAB.Datuk Seri Joseph P.Kitingan merangkap Ketua Menteri Megeri Sabah kerana sudi meluluskan peruntukan sebanyak RM25.000.00 demi meringankan beban yang dihadapi oleh pihak sekolah.

Untuk makluman kepada para pembaca, catatan yang tercatat ini adalah hasil yang diperolehi oleh pihak sekolah dari KAN Perimus Andulag dimana beliau perolehi dari mendiang YB Dato Anthony Undan Andulag. Bagi pihak KAN. Perimus Michael, seandainya ada makluman yang kurang tepat, saya memohon kemaafan.

Pihak sekolah tidak lupa mengucapkan ribuan terima kasih kepada KAN Perimus Michael Andulag kerana telah bersusah payah memberi makluman yang diperlukan oleh pihak sekolah.

No comments:

Post a Comment