Sunday 12 May 2013

LAWATAN MUHIBBAH MENGERATKAN SILATURAHIM

KENINGAU - Rabu, 24 April 2013, Seramai 20 orang rombongan dari SK. Tuarid Taud, Keningau telah melawat ke sekolah SK. ST. James Apin-Apin. Rombongan tersebut tiba pada jam 8.30 pagi yang diketuai oleh Guru Besar sekolah, Pn. Lea @ Leah Lewas. Sepanjang lawatan tersebut, rombongan sekolah ini telah meninjau pengurusan Alam Sekitar dan Pengurusan Kelas. Aktiviti rombongan ini berakhir dengan upacara penanaman pokok Eucalyptus yang disempurnakan oleh guru besar SK. Tuarid Taud bersama Penolong Kanan Kurikulum, Pn. Roseline J. Intai. Sebelum rombongan balik ke sekolah, majlis jamuan ringan diadakan di perkarangan tapak perhimpunan SK. ST. James, Keningau.












































1 comment: