Wednesday 1 May 2013

PROGRAM KEPIMPINAN PENGAWAS, KETUA KELAS, PENOLONG KETUA KELAS DAN PENGAWAS PUSAT SUMBER

ST. JAMES APIN-APIN KENINGAU - 06 MAC 2013 satu program Kepimpinan Pengawas, Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas dan Pengawas Pusat Sumber di bawah anjuran bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling, Unit Disiplin dan PSS telah diadakan di Dewan Gereja ST. Anthony Apin-Apin Keningau yang berhampiran dengan sekolah tersebut. Seramai  80  orang telah menyertai program ini yang telah dirasmikan oleh Guru Besar Cemerlang Sekolah,  En. Nasip Dipal.

  Antara objektif program ini adalah;
a) Memantapkan pengetahuan sedia ada peserta berkaitan dengan modul program jati diri 
b) Memupuk nilai – nilai kreatif dan semangat dalam proses melengkapkan diri dengan modul 
    yang pelbagai.
c) Membina kepercayaan dan keyakinan pada diri bahawa dengan persediaan yang mantap 
    boleh menjadikan para pengawas, ketua kelas, penolong ketua kelas dan pengawas PSS 
    dapat membantu kearah peningkatan akademik dan sahsiah.
d) Menyemarakkan rasa komitmen yang tinggi dalam diri setiap para pengawas, ketua kelas, 
    penolong ketua kelas dan pengawas PSS apabila menghadapi tugas yang diamanahkan . 

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini adalah ceramah input, Latihan Dalam Kumpulan dan refleksi kendiri.

Tahniah kepada semua peserta yang mengambil peranan dan tanggungjawab kepada sekolah dan seterusnya ke mercu kejayaan sekolah. ST JAMES BOLEH !!!













































No comments:

Post a Comment