Tuesday, 7 February 2012

Program Sekolah Rakan Alam Sekitar( SERASI)

Program Sekolah Rakan Alam Sekitar( SERASI) SRK St. James Apin-Apin



APAKAH ITU PROGRAM SERASI ?

Program Sekolah Rakan Alam Sekitar (SERASI) yang melibatkan semua sekolah menengah dan rendah di Sabah menjadi program utama sempena sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) di Sabah. Program ini merupakan pendekatan menyeluruh dalam pengurusan, kurikulum, kurikulum dan penghijauan sekolah di kalangan warga sekolah bersama-sama keluarga, komuniti setempat, pihak kerajaan dan swasta serta badan bukan kerajaan. Ia dilaksanakan menerusi pendekatan pendidikan alam sekitar untuk membentuk masyarakat yang prihatin dan menhargai alam sekitar pada sepanjang masa. SERASI juga merupakan pusat pembelajaran dan pengajaran yang dapat mempengaruhi warga sekolah dan masyarakat ke arah kehidupan lestari. 

Objektif
  • Mempertingkatkan kesedaran terhadap kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar di sekolah
  • Memupuk sikap positif dan cintakan alam sekitar di kalangan warga sekolah yang menitikberatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
  • Untuk mengalakkan inovasi ke arah membentuk persekitaran sekolah yang menitikberatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
  • Mengiktiraf usaha berterusan sekolah dalam program pendidikan alam sekitar.


Mengapa Anugerah SERASI diberikan ?
Anugerah SERASI merupakan satu penghargaan dan pengiktirafan ke atas sumbangan dan usaha gigih sekolah-sekolah di Sabah dalam memupuk dan meningkatkan tahap kesedaran di kelangan warga sekolah mengenai kepentingan memulihara dan memelihara alam sekitar menerusi pelbagai program dan aktiviti di sekolah.
SERASI menawarkan hadiah utama yang dikenali sebagai:
1.      ANUGERAH SEKOLAH RAKAN ALAM SEKITAR ( SK MENENGAH )
2.      ANUGERAH SEKOLAH RAKAN ALAM SEKITAR ( SK RENDAH )
3.      ANUGERAH WIRA HARAPAN
Anugerah berdasarkan kategori juga diberikan seperti berikut:

·         Pengurusan Alam Sekitar Terbaik
·         Aktiviti Kesedaran Alam Sekitar Terbaik
·         Penghijauan Sekolah Terbaik
·         Kebersihan dan Keindahan Persekitaran Sekolah Terbaik.
·         Inovasi Alam Sekitar Terbaik.

 
Konsep SERASI
  1. Amalan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar di sekolah pada sepanjang masa.
  2. Menyokong dan mengukuhkan program pendidikan alam sekitar merentas ko-korikulum.
  3. Pendekatan menyeluruh yang melibatkan warga sekolah bersama keluarga, komuniti setempat, kerajaan, pihak swasta dan badan bukan kerajaan.
  4. Pendekatan bersepadu dalam pengurusan,ko- kurikulum dan penghijauan sekolah.


Kumpulan sasaran SERASI
  • Sekolah Menengah dan Rendah Kerajaan serta Sekolah Bantuan Kerajaan.
  • Sekolah Menengah Agama Negeri.
  • Maktab Sains MARA di negeri Sabah.
  • Sekolah Rendah dan Menengah Swasta (bermula pada 2006).


Program Sekolah Rakan Alam Sekitar (SERASI) 

Seperti kata papatah " Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya". Dengan itu, maka selain dari rumah, sekolah merupakan antara tempat untuk membentuk generasi muda supaya peka, perihatin, mencintai dan menghargai alam sekitar.
Setelah lima tahun program SERASI diadakan secara berturut-turut, kesemua sekolah menengah dan rendah Sabah bukan sahaja telah memberikan bahagian secara aktif dalam menceriakan kawasan sekolah masing-masing. Sebagai menghargai usaha murni pihak sekolah ini maka satu bentuk pengiktirafan diberikan kepada mereka melalui Anugerah SERASI.


Monday, 6 February 2012

Latihan Muzik- Togunggak-


JENIS ALAT MUZIK TRADISIONAL

Kebanyakaan alat-alat muzik di Sabah dibuat daripada bahan-bahan asli. Sebagai contoh, tongkungon, turali, suling (atau seruling), sompoton dan togunggak diperbuat daripada buluh.
Alat lain seperti gambus, kompang dan gendang diperbuat daripada kulit kambing. Gong dan kulintangan dibuat daripada kayu lembut dan menyerupai gitar panjang bertali tiga yang dibuat daripada giman, sejenis gentian pokok palma. Alat-alat muzik di Sabah, dikelaskan kepada ;
Kordofon - (tongkungon, gambus,sundatang atau gagayan)
Erofon - (suling, turali atau tuahi, bungkau dan sompoton)
Idofon - (togunggak, gong,kulintangan) dan membranofon (kompang,gendang atau tontog).

TOGUNGGAK (idiofon)
Dikenali sebagai tagunggak di kalangan suku kaum Murut, Togunggak di kalangan suku kaum Dusun/Kadazan atau 'Togunggu' di Penampang., idiofon bambu paluan ini dimainkan dalam kumpulan untuk mengiring tarian atau perarakan di pesta-pesta.

Satu set alat-alat muzik ini merangkumi enam (togunggu') hingga tiga puluh (tagunggak) buah, bergantung kepada suku kaum. Muzik yang dikeluarkan menyerupai satu set gong sesuatu kumpulan, dengan setiap idiofon diselaraskan bunyinya mengikut gong sebenar yang dimainkan. 








Program Transisi Tahun 1 2012


Program Transisi Prasekolah ke Tahun Satu 
SRK St James Apin-Apin, Keningau 2012

Program Transisi Prasekolah ke Tahun Satu merupakan satu program yang telah dirangka dengan tujuan untuk membantu kanak-kanak menghadapi perubahan diri dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal sama ada di rumah ataupun di prasekolah ke pendidikan secara formal di Tahun Satu. Program ini dilaksanakan dalam tempoh 3 bulan. Adalah diharapkan kanak-kanak yang datang dari pelbagai latar belakang sosio ekonomi, persekitaran dan pengetahuan akan dapat menyesuaikan diri dan bersedia meneruskan pembelajaran secara formal.

Tujuan Program 
  • Murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru-guru dan kawan-kawan baru dalam masa yang singkat.
  • Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi dan jasmani murid secara menyeluruh sebelum memulakan proses P & P secara formal.
  • Meningkatkan minat dan semangat murid untuk datang ke sekolah dengan gembira dan tanpa banyak masalah.
  • Membantu semua murid Tahun Satu yang datang dari latar belakang, pengalaman dan sosio ekonomi yang berbeza memulakan proses pembelajaran di Tahun Satu mereka melalui tahap pencapaian yang hampir sama .
 Objektif Khusus  
  • Semua pihak yang terlibat dapat membuat persediaan yang sesuai untuk menerima kemasukan murid ke Tahun Satu.
  • Murid dapat meningkatkan kemahiran tematik, bersepadu dan main sambil belajar.
  • Murid yang mempunyai kemahiran dan potensi diri yang tinggi dapat mengaplikasikan apa yang diperolehi dalam kehidupan sehariannya.