Monday, 6 February 2012

Program Transisi Tahun 1 2012


Program Transisi Prasekolah ke Tahun Satu 
SRK St James Apin-Apin, Keningau 2012

Program Transisi Prasekolah ke Tahun Satu merupakan satu program yang telah dirangka dengan tujuan untuk membantu kanak-kanak menghadapi perubahan diri dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal sama ada di rumah ataupun di prasekolah ke pendidikan secara formal di Tahun Satu. Program ini dilaksanakan dalam tempoh 3 bulan. Adalah diharapkan kanak-kanak yang datang dari pelbagai latar belakang sosio ekonomi, persekitaran dan pengetahuan akan dapat menyesuaikan diri dan bersedia meneruskan pembelajaran secara formal.

Tujuan Program 
  • Murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru-guru dan kawan-kawan baru dalam masa yang singkat.
  • Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi dan jasmani murid secara menyeluruh sebelum memulakan proses P & P secara formal.
  • Meningkatkan minat dan semangat murid untuk datang ke sekolah dengan gembira dan tanpa banyak masalah.
  • Membantu semua murid Tahun Satu yang datang dari latar belakang, pengalaman dan sosio ekonomi yang berbeza memulakan proses pembelajaran di Tahun Satu mereka melalui tahap pencapaian yang hampir sama .
 Objektif Khusus  
  • Semua pihak yang terlibat dapat membuat persediaan yang sesuai untuk menerima kemasukan murid ke Tahun Satu.
  • Murid dapat meningkatkan kemahiran tematik, bersepadu dan main sambil belajar.
  • Murid yang mempunyai kemahiran dan potensi diri yang tinggi dapat mengaplikasikan apa yang diperolehi dalam kehidupan sehariannya.



1.  Ucapan alu-aluan daripada Guru Besar SRK St James Apin-Apin Sempena Minggu Transisi     
     Tahun 1 2012.

2.  Murid Tahun 1 yang telah diterima masuk ke sekolah ini.

3.  Sebahagian ibu-bapa yang hadir pada hari pertama persekolahan.

4.  Sebahagian murid tahun 1 di pagi Minggu Transisi.

No comments:

Post a Comment